Pengajaran Dari Cerita Lucu adalah buku humor yang telah diterjemahkan dari cerita lawak terpilih yang terdapat dalam dua buku humor oleh pengarangnya, iaitu, Lighten Up! Brighten Up! (365 Jokes, Quotes and Puns) dan Laugh and Learn (500 Clean Jokes with Morals). Setiap cerita lawak dalam buku ini mengandungi moral.
Pesta Kostum
Seorang lelaki berjalan dengan gembira ke kedai haiwan peliharaan dan berkata kepada pemiliknya, “Saya akan pergi ke pesta kostum sebagai lanun Long John Silver pada hari Ahad, dan saya memerlukan burung nuri merah-hijau. Saya bertekad untuk memenangi
hadiah pertama.”
“Saya boleh mendapatkan burung nuri jika kamu kembali pada hari Jumaat,” kata
pemilik kedai itu.
“Oh, bukan hari Jumaat,” lelaki itu mengelup. “Itulah hari saya memotong kaki saya!”
Jangan berusaha untuk berjaya dengan mengorbankan kesihatan anda.
Potongan Rambut
“Adakah kamu mempunyai buku untuk saya baca?” pelanggan bertanya kepada tukang
gunting rambut.
“Saya mempunyai buku fiksyen yang menarik,” kata tukang gunting rambut itu. “Ia
mengandungi kisah hantu yang sangat pendek.”
“Terima kasih. Saya suka cerita hantu.”
“Bagus,” kata tukang gunting rambut sambil tergelak kecil. “Saya harap kisah-kisah itu
menjadikan rambut kamu tegak supaya mudah untuk saya potong!”
Kebijaksanaan memudahkan kerja anda.